ahlan wasahlan

Sunday 28 October 2012

~t!p mEnJaD! sEoRaNg PeMaAf~

  • Jadikan sifat maaf dan memaafkan itu sebagai sifat utama dalam hidup kita seperti kita melakukan amalam kebaikan lain tanpa memikirkan imbalan keduniaan.
  • Usah hadkan atau tentukan bulan-bulan tertentu sahaja untuk minta maaf.
  • Jangan menunggu sehingga berlaku musibah barulah kita mahu meminta maaf dan memberi kemaafan.
  • Tidak perlu menugggu usia lanjut untuk meminta maaf di atas kesalahan yang dilakukan kerana usia kita ditentukan oleh Allah.
  • Berusaha untuk memaafkan orang.
  • Meminta maaf dapat menaikkan darjat seseorang bukan sahaja di sisi manusia tetapi di sisi Allah.
  • Meminta maaf dan memberi kemaafan meninggalkan kesan mendalam kepada kedua-dua belah pihak.

Wednesday 3 October 2012

Baru TeRasE NaK UpDatE..huhu~~

Assalamualaikum sume pembaca2 Entry yg mengenali diri ini..haiiiii dah lame toll asenyer sy dah xupdate sy pnyer blog nie an..hmm bnyak gk laarr citer nk kgsi ngn korang2 sume nih..hehe..sekarang sy dah msuk sem3,dh msuk sbulan dah pom..ngeh3..:) dah jd senior dah pom kat bumi usim nih..hahaa..dah msuk sem3 ni bertmbah-tmbh laa tugasan..biasala belajar kn..madah-madah pom dah mkin killer sem nih..harap-harap sume ok laa nnt..InsyaAllah..semoge sem ni smkin mningkat pointer..Amiinnn...Doakan kejayaan ku sume kawan2 ku..moge kalian pom akan perolehi sama..Daaa~~ ^__@

Friday 13 April 2012

~8 ADAB BERJALAN KAKI MENURUT ISLAM~

1  Seorang Muslim hendaklah berniat benar ketika hendak berjalan. Niatkan berjalan itu untuk tujuan yang baik,    sebagai ibadah dan mengharapkan reda dari Allah SWT. " Apabila berjalan ke masjid, niatkan untuk beribadah kepada Allah. Jika berjalan untuk bekerja, niatkan untuk mencari rezeki yang baik dan halal untuk keluarga.

2  Sekiranya anda berjalan untuk sesuatu yang haram. Sesungguhnya, kedua kaki ini akan memberi kesaksian dan berbicara pada hari kiamat. Untuk itu, hendaklah menghindarkan diri dari berjalan untuk sesuatu yang dilarang oleh agama. Sebab, setiap hayunan langkah kita itu akan berbuahkan dosa.

3  Bersikap tawaduk dan tidak sombong. Allah SWT telah berfirman di dalam al-Quran, : " Dan janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan sombong. Kerana sesungguhnya kamu sekali-kali tidak dapat menebus bumi dan sekali-kali kamu tidak akan sampai setinggi gunung. " Surah Al Israa ayat 37

    "... Dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri. " Dalam surah Lukman ayat 18

4  Hendaklah seseorang itu berjalan dengan langkah yang biasa, tidak terlalu lambat dan tidak terlalu cepat.

5  Tidak menoleh ke belakang saat berjalan akan membuatkan anda tergelincir dan berlanggar.

6  Tidak berpura-pura lemah ketika berjalan. Berpura-pura lemah ketika berjalan dengan maksud untuk dilihat orang lain adalah dilarang dalam Islam. Selain itu juga tidak boleh berpura-pura sakit ketika berjalan, kerana boleh mengundang kemarahan Allah SWT.

7  Berjalan dengan kuat. Setiap Muslim harus berjalan dengan tegap seperti dicontohkan oleh Nabi s.a.w. Menurut Syekh Sayyid Nada, cara berjalan seperti Rasulullah s.a.w ini lebih hampir dengan roh Islam. " Mukmin yang kuat lebih dicintai Allah SWT berbanding mukmin yang lemah,: tuturnya.

8  Hindari gaya jalan yang dicela. Contoh berjalan dengan sombong dan takabur, berjalan dengan gelisah dan gementar; berjalan dengan longlai seperti orang sakit; berjalan meniru lawan jenis; berjalan terburu-buru dan terlalu cepat; serta berjalan seakan-akan melompat. ^-^  

Thursday 22 March 2012

~S!t! KhAd!JaH~

Siti Khadijah
Serikandi sejati


Kaulah lambang cinta sejati
Serikandi pertama tika Islam bermula
hatimu menyalakan keyakinan
Hartamu membuktikan pengorbanan


Rasul keseorangan engkaulah teman 
Dia tersisih engkau memilihnya
Dia terbuang engkau menyayanginya
kerna Iman engkau sanggup berjuang


oh Siti Khadijah
Qudwah Hasanah tauladan Ummah
Tika Rasul terpinggir 
Engkaulah insan terhampir


Siti Khadijah mujahidah Solehah
Agung jasamu di persada sejarah
Pemergianmu ditangisi Nabi
Hingga kini tiada pengganti


Sunyi jalan menuju Allah
menggamit hati mencari teman
Indah jalan menuju Allah
Jika teman seperti Khadijah
Masih ada lagi

Thursday 15 March 2012

BuNgA-BuNgA c!nTa...

Tak pernah terlintas di benakku
Saat pertama kita bertemu
Sesuatu yang indah tumbuh dalam gundah
Harum dan merekah

Tulus hatimu buka mataku
Tegar jiwamu hapus raguku
Membuncah di hati harapan dan suci
Menyatukan janji

Bunga-bunga cinta indah bersemi
Diantara harappinta padaNYA
Tuhan tautkanlah cinta dihati 
Berpadu indah dalam mihrab cinta 

Wednesday 14 March 2012

H!KaYaT C!nTa ADAM dAn HAWA

Alunan puisi rindu
Yang berlagu di hatimu
membisikkan rasa sayu
Bait-bait kesepian
Meronakan keresahan
Dambakan seorang Teman

Tika asyik dalam lena
Di hamparan taman Syurga
Impianmu menjadi nyata
Diciptakan Permaisuri
Dari rusukmu sendiri
Hawa kurniaan Ilahi

Tersedar Adam disentuh Cinta
Bagai bermimpi tidak percaya

Siapakah gerangan sesuci kejadian
Adam aju pertanyaan
Ku adalah milikmu meraikan fitrahmu
jawapan Hawa tersipu

Gembira jiwa tidak terhingga
Alhamdulillah...

Namun akalmu terhakis
Diracun hasutan iblis
Musuh insan yang terwaris
Pohon yang jadi larangan
Buahnya jadi santapan
Terbukalah keaiban
Kesalnya atas keterlanjuran
Taubat dipohon ke hadrat Tuhan

Kami telah menzalimi diri kami sendiri
Andainya kau tak memaafi
Dan juga Merahmati
maka jadilah kami
kalangan orang yang rugi

Ampunkan kami
Kesalahan kami
Nastaghfirullah...

Adam dan Hawa
Tersingkir ke dunia
Hukuman penebus dosa
Hawa di timur
Adam di barat
Terpisah jauh berdekat

Akhirnya cinta bertaut semula
Di tanah tandus Arafah
Berkat pengorbanan juga keimanan
bersemi kasih di Syurga

Tersingkir bukan hanya kifarah
Tapi permulaan kisah khilafah

Friday 9 March 2012

semarak cinta

HaT!ku hNy m!L!k SeOrAng sUam! yAng sUdi mEngAngkAt dArJat ku dr SeOraNg pErEmpUan kpd !stEri..